GIFTS & DAYS

GIFTS & DAYS
EVERYDAYS IS A GIFT TO ME

Wednesday, August 5, 2009

Ku Luahkan Rasa Hati Kecil Ku Ketika Ini...

Salam alls...

Sedihnya hatiku bukan kepalang... hanya pada Nya aku berserah.. aku tau apa yg bakal aku tulis nie mungkin akan membuat beberapa org terasa tu pun kalau diarang kisah kan? Niat ku untuk menulis pagi2 buta nie sebab aku tarasa kosong dan sunyi dan yang paling2 utama sebab aku rasa aku nak tulis kat sini. Mb ada sebahagian dari citer aku nie leh jadi renungan buat seseorg kat luar tu tapi jauh skali nak mintak simpati kat sesapa.

Biar aku perkenalkan diriku secara umum. Namaku Nordiana dan lebih senang dipanggil sebagai Dyana, berusia 24 tahun, berasal dr Sarawak. Aku nie Obesiti... aku tak bangga dengan "O" tue.. tp bersyukur atas segala pemberian Nya.. kerana aku sempurna juga seperti insan lain... Alhamdulillah... Dalam post kali nie,, akan ku luahkan apa yg terbuku d hati stakat mana aku termampu.Sedih, Sunyi, Malu dan kecewa, itulah perasaan aku waktu nie... Segala-galanya bercampur baur.Apa yg korang dapat tangkap sekarang nie? aku berjiwa seperti remaja lain, berfikiran simple tp agak "complicated" ke?

Dalam usia mcm nie, aku dah melalui macam2 hal, wpun apa yg ku alami ni tak lah sedahsyat mcm org lain yg ada kat luar atau mcm yg slalu kat drama/filem kat Malaysia nie. Yer, kat luar tue, ada anak2 miskin teraniaya, anak2 yg memerlukan perhatian dan sebagainya. Jauh berbeza skali dgn aku, aku boleh dikatakan ada kehidupan yg agak sempurna, disayangi oleh keluarga, berkerjaya. Nak kata baik hati tak dalah aku nie sebaik hati mana. Adakalanya aku kejam, n rasa nak jd kejam tu terdorong dari apa yg berlaku di sekeliling aku.

Aku pernah jugak merasa macam mana dicintai dan macam mana rasanya mencintai org, menyayangi seseorg apatah lagi... itu memang diriku, seorg penyayang. Slama nie, dah lama jiwa ku kacau cuma aku jer yg tak nak melayan perasaan ku tu, ku penuhi masa2 ku dengan keje2 pejabat yang melambak.Tapi pagi nie... aku nak layan perasaan aku. Akan ku turutkjan saja rasa hati ku malam nie. Ku layan perasaan ku dengan "sahabat" yang boleh memakan dr ku sendiri dan ini yang last sekali dengan harapan pas nie ku dapat tdo pulas.

Hati ku terasa sayu, marah, sunyi dan macam2 lagi la pas ku terima msg dari seorg Hamba Allah nie. Ntah, hati ku jadi cukup terasa walaupun aku sedar, dia ckp mcm tue sebab dia perlukan tpt utk meluah rasa... p knapa harus aku dilayan seolah2 aku yg memulakan segala-galanya, seolah2 aku nie telah spoil mood nya begitu skali... walhal niat ku cuma nak mengingatkan sahaja, sb waktu dia susah, waktu dia berduka, aku ada d sisinya, yup wpun dia mungkin tak sedar tu semua. aku tak nak die menangis seperti dulu... dan mengeruhkan lagi keadaan yg dah sedia keruh. Salah kah tu? ermmm... mmglah kata org, bila org terlalu emosi, dia takkan nampak dr perspektif yg sama mcm yg kita maksudkan kan? jgn saja bila dh d uji rasa susah baru nak tersedar. Nie langsung tak da kene mengena ngan cinta tau.. nie masalah keluarga.

Dalam pada masa yg sama.... aku menguji juga rasa hati diri ku sendiri, aku sunyi. Mungkin aku terasa sunyi kerana tak berteman. Maksud ku disini, bukan sahaja kekasih tapi seolah2 aku dah tak da sahabat, sahabat yg sanggup mendengar masalah ku, dan mengubat jiwa ku yg memberontak nie. Mungkin juga aku hampa kerana seolah2 aku jer yg menunggu2 dan mengharap. Sedangkan dia langsung tak ingatkan aku kan? mb die tengah joli sakan kan? Die mb tak terfikir yg aku sedang menunggu janji nya dr kol 1000 hrs td. Lupa agaknya. Erm... aku sedar hakikatnya tak ke mana... Rasa macam nak ku lepaskan segala2 nya... susah ku nak percaya dengan janji2 org nie. Kanapa org berani berjanji tapi tak mampu nak tunaikan? Tak ke die terfikir yg kita akan ternanti2? Mungkin aku yang terlebih perasan agaknya.

Ku kira, dia juga merinduiku seperti mana aku merinduinya... ku atur segala macam perancangan... namun ada lagi yang lebih Berkuasa untuk mengatur rancangan aku tu lebih sempurna. Mungkin dengan tak jadinya pertemuan tu, aku terselamat dari segala macam musibah. Aku bersyukur pada Nya. Hari nie, ada yg mengatakan dirinya tak sanggup nak hidup lagi. Apa tue? nak menagih simpati aku kah? Kenapa bila rasa dah tak nak hidup lagi baru cari aku baru nak g tau kat aku? kenapa? Maaf... aku sendiri dirundum pelbagai masalah... namun tak lah sampai ke tahap itu... Aku masih berani nak bertemu apa dugaan d depan.Pada aku mencuba masih tak cukup... Aku insan biasa, dan tak selama2nya aku leh memahami org. Kau faham tak situasi aku? kau ade ke cuba merasa apa yg aku rasa? Menasihati dan mengingatkan ko boleh saja... tapi apa gunanya bila melepas batuk d tangga? Maaf nasihat ku dan segala perhatian yang ku berikan pada ko slama nie sgt berharga cuma ko je kurang menghargainya atau sedar.

Aku pun mcm korang, hari2 aku cuba nak menjadi bertambah baik... memperbetulkan diri ku. Tapi Kamu2 d luar sana? kanapa slalu nak mengeksploitasikan aku? Mempergunakan aku kerana aku punya hati kecil yang mudah untuk korang injak2? Atau kerana aku Obesiti, gemuk gedempol korang pergunakan aku dalam diam? Ingat aku tak sedar ke? aku sedar tu... kalau dengan cara tu je aku dapat seorg sahabat walau sementara, what to do. Aku penah ada kawan yang sangat baik...aku rindukan waktu2 itu, penah ada teman yang menyayangi dan menerima ku seadanya, tak ku nafikan aku rindukan itu semua.

Lama kelamaan aku sedar... apa yg ku alami nie... aduhai... kecil sekecil biji saga je..sekecil2 mikroorganisma. Aku tak perlu nak ambik benda2 bodoh nak buat aku lupe, nak buat aku khayal atau enjoy... ermm... cuma Setan Iblis nie kekadang suke "CUCUK" kita ngan nasihat2 membunuh nya itu. Pada korang-korang kat luar tu, yg membaca post ku nie, korang ambik la mana yg baik tu... kalau rasa apa yg ku tulis nie takda papa, lupakan saja. Pada org2 yg Obesiti di luar, jangan mengalah... jangan biarkan diri anda dieksploitasikan oleh org yg merasakan dirinya sempurna, tak kire la lelaki ke pompuan yer. Ini cara aku untuk melepaskan apa yg terbuku d hati, walau aku ibarat seperti membuka pekung d dada. Lantak lah pada yg nak memperlekehkan apa yg aku tulis nie.

Kita nie... smakin dekat ngan ajal kita... kalau aku ada tersalah kata, aku mintak maaf banyak2... minta halal kalau ada tersalah kata atau termakan dan segala jenis "ter" lagi.

No comments:

Post a Comment

Tudung On-line