GIFTS & DAYS

GIFTS & DAYS
EVERYDAYS IS A GIFT TO ME

Thursday, April 17, 2008

LAWAS

Assalamualaikum...

Agak lame gak aku tak der update blog aku nih... sibuk memanjang ++ takda mood sgt nak membebel. Kali nie, tak banyak bende aku nak citer.. cuma nak kongsi pengalaman ngan korang aku naik kapal terbang kecik. Bagi aku lah, tulah kapal terbang terkecik penah aku naik. Twin Otter yang hanye leh bawak 19 org penumpang n kalau termasuk pilot 2 org semuanya ada 21 org jer dalam kpal tu.
Huh... rasa berdebar2 tak yah cakap.. tuhan je tau. Memang kecutlah perut naik tu... belum lagi dengan bunyi enjin yag bising. Betul2 membingitkan telinga !! Aku duk kat seat depan sekali, [di belakang pilot tue] waktu nak ke Lawas, waktu balik ke Miri lak aku duk kat belakang skali. Agak menyeronokkan gak ke Lawas kali nie, cume aku terasa betapa kecil nya aku walaupun aku yang terbesar skalik antara kitarang berempat. Semua yg g tu Exec, aku je technician. Tapi, itu tak melemahkan aku sepenuhnya... ketiga-tiga wanita tue, jadi Idol aku.. Yup, Insyaallah bila ada rezeki aku nanti, aku pun boleh gak jadi macam diarang.
Pemandangan dr atas kapal memang cantik... cantik sesangat, rugi aku tak bawak kamera old fashion aku. [hehehehhe nak beli kamera digital sen tadak] memalukan tul kan? dah keje nak masuk 2 tahun pun tak terbeli.Sori ae... kalau tak leh gak aku share kat korang gugusan pulau yang cantik2 belaka [pemandangan atas]. Waktu aku sedar, betapa hebatnya kuasa Allah yang satu. Cantik, secantik2nya pemandangan dr atas.Slame nie, penah gak aku tgk pemandangan dr atas, cume kali nie, lembah2 dan pulau2 yang menghijau nampak cantik sangat. Ilang sekejap rasa gementar aku, dan tak terasa sangat penerbangan ke Lawas bila dah disajikan pemandangan yang indah di bawah sane.
Emmm.... bila aku ade masa nanti aku update blog aku lagi. Kali nie mungkin aku akan sertakan skali gambar kat Kampung Punang di Lawas. Sebuah perkampungan nelayan di Lawas. Suasana kat sana memang best.

Monday, April 7, 2008




Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate



You're a well liked, though underrated, blogger.

You have a heart of gold, and are likely to blog for a cause.

You're a peaceful blogger - no drama for you!

A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.

Why Sufiah, Why?

Assalamualaikum....

I guess all of u already heard or know about this and all of u will only ask Why?Why?& Why? again..Sufiah is just another part of story. What?U all cannot belive this things happened to her? A Mathematics Genius? She's also a human, She's a woman.. who's had the heart who is just like another woman..Who'salso have a feelin' too... She also have a dream.

Aku kesian benar dengan Sufiah, Sufiah juga sebaya umur aku. Aku sedih bile tau pasal bende nie.. Ini cuma sebahagian daripada kisah hidup seorang insan. Aku pasti.. ada ramai lagi di luar sana yang kisahnya juga tidak kurang peritnya. Kenapa kita sentiasa bertanya Why? Kenapa? Inilah hasil nya,inilah akibatnya kalau sistem, institusi kekeluargaan tidak dititik beratkan. She's inteligent... jangan cakap dia tak cukup di ajar.. Yes, dia diajar, dia belajar.. pandai.. tapi apa yg kurang? Pendidikan Islam? Kasih Syg? Sikap ambik peduli ahli keluarganya? Aku tak kate tak ade ye... aku kate kurang jerk.

Aku bukan nak salahkan ahli keluarganya... dan aku bukan jugak nak salahkan org disekelilingnya.. Benda dah terjadi... jangan kita sibuk nak cari punca kenapa die jadi macam nie... kita harus tolong die. Dan kite ( Masyarakat) jangan pandang serong, jangan terus melatah tapi aku bukan gak nak suh korang puji dier.Die jadi macam tu kerana salah satu sebabnya... die bertemu dengan org yang salah.Mana kawan2 die?Mana ahli keluarganya? Dan percayalah... apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Korang penah tengok tak kisah terakhir seorang perempuan yang dibintangi oleh Safura?? Itu salah satu "cerita" tapi itu bukan lah sekadar cerita. Itu kisah kehidupan orang lain, wanita lain di luar sana? Ada korang penah terfikir, kenapa jalan "Chow Kit" tu jugak yang dikunjungi diarang? Kenapa rezeki macam tu yang dipilih diarang? Kerana apa?

Banyak sebabnya.. salah satu Desakan hidup, keluarga & pendidikan asas agama, Keimanan seseorang itu. Berbalik kepada kisah Sufiah... aku pasti, ini bukan kerjaya impian nya. Sapa nak jadi macam tu?Sufiah... kot2 lah kan u read my articel about u... Sufiah.. jangan mengalah jangan lari dari dosa. Aku nie tak sealim mane Sufiah.. Aku yakin ko seorang yang kuat ko tabah orang nya.. Ko tau sufiah.. kehadiran wartawan tu, kisah ko nie dah bukak banyak mata. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada mata yang terbukak itu nampak hikmahnya? Sufiah,yang penting adalah sekarang dan akan datang.Apa yang dah berlaku akan jadi sejarah.

Sufiah, u still have another chance.. u can do something. Trust me !!! Ko ada kelebihan daripada wanita2 lain yang senasib dengan ko yang tidak mempunyai pendidikan setinggi ko. Kalau boleh... aku juga berharap agar ko tidak terjerumus terus di dalam lembah dosa ni.Sabarlah... dan berusahalah keluar dari masalah nie.. Jangan kalah dengan duit.Nie bukan untuk Sufiah je tau.. nie untuk Student2 lain gak.

Kepada badan2 ke pertubuhan ke sama ada kerajaan atau NGO, tolonglah... cari jalan. Bende nie bukan baru. Dah lame dah bende nie terjadi.. dah lame ader virus nie, cegah sebelum die serang seluruh sistem kita. Sistem kekeluargan di Malaysia nie.. Nak ke kite nanti bende nie jadi barah, barah tahap ke-4 dan dah tak leh diselamatkan lagi? Nak ke kite nanti,gejala masalah sosial meningkat?

Buat sejenak... kita renung2kanlah masalah nie, kita relax jap, kita alih perhatian kita jap dari masalah politik... fikir bende nie jugak. Fikir sikit je... Pada ibu bapa di luar sana, jangan terlalu ghairah mengejar harta, pangkat,jangan terlalu taksub dengan politik.. anak2 tu bagilah sikit, curah kan la sikit rasa kasih dan sayang.. anak2 tu satu amanah, bukan untuk disuap makanan je, tapi skali skala rasa kasih dan sayang, tak mahal. Cegah sebelum ia parah..

Buat anak-anak... jangan sia-siakan pengorbanan ibu bapa.. jangan lakukan kesilapan yang sama yang mana mungkin pernah dilakukan oleh org tua kita. Belia sekarang belia berilmu.. Rasanya tau apa itu buruk apa itu baik.. tapi jangan tau je tapi tak reti membezakan. Jangan terlampau mengikut rasa hati... bersifat terbuka lah dalam menyelesaikan masalah.. Kawan yang betul, jalan yang betul, itu sangat2 perlu. Nak2 lagi kalau kita duk kat tempat org, nak2 lagi kita kene berdikari. Ingatlah... Allah itu ada. Praktikan ilmu yang kita penah dapat, tak kiralah, dari cikgu, sekeliling ke ape2 ke... janji jangan ajaran sesat sudah.

Jalan itu ada..
Cuma lurus atau tidak,
Cuma terang atau gelap,
Cuma luas atau pendek,
Cuma panjang atau pendek..


Lurus atau tidak, terang atau gelap, luas atau sempit, dan panjang atau pendek..
itu bergantung pada diri kita.. yang mana satu pilihan kita? Jalan memang dah
tersedia, tinggal kite je lagik...

Sunday, April 6, 2008

Long Time No Hear!!!

Assalamualaikum... waaa lame dah aku tak merapu. Agak bz kebelakangan nie, mane lagi nak wat dokumen tender n macam2 lah.. p apa2 pun aku akan bercuti panjang. Agak panjang lah 6 hari tue... semuanya keranamu kekasihku.
Actually I've got lots of story to share but since Im in rush right now, next time i will share2 la with u alls ( pembaca setia/tak setia) heheheheh. Pas nie, nak g BBQ kat luar umah tu jerk. korang nak tak? hahahahha Nanti aku tolong makan ayam panggang kepakaran mak haku. emm YummY!!!
Hope internet connection kat opis sok tak da problem... ukan ape, dah lame sgt aku tak update blog aku... ok lah alls... aku chow dulu erk. tata!!! Ader maser aku merapu agik k. Emmm... Wish u All happy2 and enjoy2 hendaknya d hujung minggu nie.

Tudung On-line