GIFTS & DAYS

GIFTS & DAYS
EVERYDAYS IS A GIFT TO ME

Thursday, April 17, 2008

LAWAS

Assalamualaikum...

Agak lame gak aku tak der update blog aku nih... sibuk memanjang ++ takda mood sgt nak membebel. Kali nie, tak banyak bende aku nak citer.. cuma nak kongsi pengalaman ngan korang aku naik kapal terbang kecik. Bagi aku lah, tulah kapal terbang terkecik penah aku naik. Twin Otter yang hanye leh bawak 19 org penumpang n kalau termasuk pilot 2 org semuanya ada 21 org jer dalam kpal tu.
Huh... rasa berdebar2 tak yah cakap.. tuhan je tau. Memang kecutlah perut naik tu... belum lagi dengan bunyi enjin yag bising. Betul2 membingitkan telinga !! Aku duk kat seat depan sekali, [di belakang pilot tue] waktu nak ke Lawas, waktu balik ke Miri lak aku duk kat belakang skali. Agak menyeronokkan gak ke Lawas kali nie, cume aku terasa betapa kecil nya aku walaupun aku yang terbesar skalik antara kitarang berempat. Semua yg g tu Exec, aku je technician. Tapi, itu tak melemahkan aku sepenuhnya... ketiga-tiga wanita tue, jadi Idol aku.. Yup, Insyaallah bila ada rezeki aku nanti, aku pun boleh gak jadi macam diarang.
Pemandangan dr atas kapal memang cantik... cantik sesangat, rugi aku tak bawak kamera old fashion aku. [hehehehhe nak beli kamera digital sen tadak] memalukan tul kan? dah keje nak masuk 2 tahun pun tak terbeli.Sori ae... kalau tak leh gak aku share kat korang gugusan pulau yang cantik2 belaka [pemandangan atas]. Waktu aku sedar, betapa hebatnya kuasa Allah yang satu. Cantik, secantik2nya pemandangan dr atas.Slame nie, penah gak aku tgk pemandangan dr atas, cume kali nie, lembah2 dan pulau2 yang menghijau nampak cantik sangat. Ilang sekejap rasa gementar aku, dan tak terasa sangat penerbangan ke Lawas bila dah disajikan pemandangan yang indah di bawah sane.
Emmm.... bila aku ade masa nanti aku update blog aku lagi. Kali nie mungkin aku akan sertakan skali gambar kat Kampung Punang di Lawas. Sebuah perkampungan nelayan di Lawas. Suasana kat sana memang best.

1 comment:

  1. BeSh nYEr dApAt nAik KaPaL TeRbAnG.. SaRlI MaIN kApAl terBaNg kErTaS JeRk.. hEhEheEE

    ReplyDelete

Tudung On-line

There was an error in this gadget