GIFTS & DAYS

GIFTS & DAYS
EVERYDAYS IS A GIFT TO ME

Sunday, September 13, 2009

SUNYI SEPI JERK!

Salam... Owh boring gila la malam nie... apasal la terasa sangat bosan malam nie... actually bukan malam nie je p the whole day... agaknya memang hari utk aku bermalas-malasan kot. Movie pun xda yang best.. Ermmm... malam nie aku layan lagu JOHN LEGEND : NO OTHER LOVES & EVERYBODY KNOWS.. best jugak la sekali sekala dgr lagu rentak macam nie.. kene betul ngan diri aku malam nie.

Erm... di kesempatan nie, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat pembaca blog aku yg tak seberapa nie... hahahha macam lah ada yg baca kan. P aku tak kisah yg itu... aku menulis d blog nie pun sebab aku rasa teringin nak menaip n luahkan apa yang aku rasa..

Sunyi jugak rasanya malam nie... tp bukan ini ker yg aku nak sebelum nie... HP aku mcm tak bermakna lagi dah... hahahah dah rosak kot.. sebab takda msg n cll aku terima. Agaknya org lupe kat aku kot. hihihihi... Kalau taun2 sebelum nie mesti aku bz begayut.. begayut ngan sapa lagi kalau bukan ngan kekasih hati... p nampak nya zaman tu dah berlalu.. Hrm... pejam celik pejam celik dah kira setaun lah aku tak jumpe X aku.. rindu? Rindu ngan kenangan indah dulu2 la... org nya? erm ada la sikit... p aku memang rindukan semua insan yang aku sayangi especially my family... kat Z pun same... rindu jugak.. Agh... aku rindu korang semua...

Untuk pengetahuan korang, waktu nie aku msh kat Limbang ag, nampak gayanya lambat la aku balik Miri kali nie. Keje banyak p nak buatnya aku malas giler... OOOOIIIIII DIANA.... KENAPA la KO MALAS SANGAT NIH!!!!!!... Aku rasa macam aku malas gila... tolong lah.... n aku dapat rasakan masa lambat sangat berlalu... Pada insan2 yang aku rindui... korang rindu tak kat aku yeR??? Agaknya aku jer kot yg rindukan korang..

Salam ....

Dah terlalu lama rasanya x post apa2 kat blog nih.. kalau blog ni punya prasaan pasti die terasa di anak tirikan... hahahahha. Aku x tau nak post apae kat blog nie... so ari nie aku agak aku akan merapu jer kot... Actually agak bosan jugak malam n aku rasa betul2 malas malam nie. Jap agi aku post something la.. boring nie idea pun tarak.

Wednesday, August 5, 2009

Ku Luahkan Rasa Hati Kecil Ku Ketika Ini...

Salam alls...

Sedihnya hatiku bukan kepalang... hanya pada Nya aku berserah.. aku tau apa yg bakal aku tulis nie mungkin akan membuat beberapa org terasa tu pun kalau diarang kisah kan? Niat ku untuk menulis pagi2 buta nie sebab aku tarasa kosong dan sunyi dan yang paling2 utama sebab aku rasa aku nak tulis kat sini. Mb ada sebahagian dari citer aku nie leh jadi renungan buat seseorg kat luar tu tapi jauh skali nak mintak simpati kat sesapa.

Biar aku perkenalkan diriku secara umum. Namaku Nordiana dan lebih senang dipanggil sebagai Dyana, berusia 24 tahun, berasal dr Sarawak. Aku nie Obesiti... aku tak bangga dengan "O" tue.. tp bersyukur atas segala pemberian Nya.. kerana aku sempurna juga seperti insan lain... Alhamdulillah... Dalam post kali nie,, akan ku luahkan apa yg terbuku d hati stakat mana aku termampu.Sedih, Sunyi, Malu dan kecewa, itulah perasaan aku waktu nie... Segala-galanya bercampur baur.Apa yg korang dapat tangkap sekarang nie? aku berjiwa seperti remaja lain, berfikiran simple tp agak "complicated" ke?

Dalam usia mcm nie, aku dah melalui macam2 hal, wpun apa yg ku alami ni tak lah sedahsyat mcm org lain yg ada kat luar atau mcm yg slalu kat drama/filem kat Malaysia nie. Yer, kat luar tue, ada anak2 miskin teraniaya, anak2 yg memerlukan perhatian dan sebagainya. Jauh berbeza skali dgn aku, aku boleh dikatakan ada kehidupan yg agak sempurna, disayangi oleh keluarga, berkerjaya. Nak kata baik hati tak dalah aku nie sebaik hati mana. Adakalanya aku kejam, n rasa nak jd kejam tu terdorong dari apa yg berlaku di sekeliling aku.

Aku pernah jugak merasa macam mana dicintai dan macam mana rasanya mencintai org, menyayangi seseorg apatah lagi... itu memang diriku, seorg penyayang. Slama nie, dah lama jiwa ku kacau cuma aku jer yg tak nak melayan perasaan ku tu, ku penuhi masa2 ku dengan keje2 pejabat yang melambak.Tapi pagi nie... aku nak layan perasaan aku. Akan ku turutkjan saja rasa hati ku malam nie. Ku layan perasaan ku dengan "sahabat" yang boleh memakan dr ku sendiri dan ini yang last sekali dengan harapan pas nie ku dapat tdo pulas.

Hati ku terasa sayu, marah, sunyi dan macam2 lagi la pas ku terima msg dari seorg Hamba Allah nie. Ntah, hati ku jadi cukup terasa walaupun aku sedar, dia ckp mcm tue sebab dia perlukan tpt utk meluah rasa... p knapa harus aku dilayan seolah2 aku yg memulakan segala-galanya, seolah2 aku nie telah spoil mood nya begitu skali... walhal niat ku cuma nak mengingatkan sahaja, sb waktu dia susah, waktu dia berduka, aku ada d sisinya, yup wpun dia mungkin tak sedar tu semua. aku tak nak die menangis seperti dulu... dan mengeruhkan lagi keadaan yg dah sedia keruh. Salah kah tu? ermmm... mmglah kata org, bila org terlalu emosi, dia takkan nampak dr perspektif yg sama mcm yg kita maksudkan kan? jgn saja bila dh d uji rasa susah baru nak tersedar. Nie langsung tak da kene mengena ngan cinta tau.. nie masalah keluarga.

Dalam pada masa yg sama.... aku menguji juga rasa hati diri ku sendiri, aku sunyi. Mungkin aku terasa sunyi kerana tak berteman. Maksud ku disini, bukan sahaja kekasih tapi seolah2 aku dah tak da sahabat, sahabat yg sanggup mendengar masalah ku, dan mengubat jiwa ku yg memberontak nie. Mungkin juga aku hampa kerana seolah2 aku jer yg menunggu2 dan mengharap. Sedangkan dia langsung tak ingatkan aku kan? mb die tengah joli sakan kan? Die mb tak terfikir yg aku sedang menunggu janji nya dr kol 1000 hrs td. Lupa agaknya. Erm... aku sedar hakikatnya tak ke mana... Rasa macam nak ku lepaskan segala2 nya... susah ku nak percaya dengan janji2 org nie. Kanapa org berani berjanji tapi tak mampu nak tunaikan? Tak ke die terfikir yg kita akan ternanti2? Mungkin aku yang terlebih perasan agaknya.

Ku kira, dia juga merinduiku seperti mana aku merinduinya... ku atur segala macam perancangan... namun ada lagi yang lebih Berkuasa untuk mengatur rancangan aku tu lebih sempurna. Mungkin dengan tak jadinya pertemuan tu, aku terselamat dari segala macam musibah. Aku bersyukur pada Nya. Hari nie, ada yg mengatakan dirinya tak sanggup nak hidup lagi. Apa tue? nak menagih simpati aku kah? Kenapa bila rasa dah tak nak hidup lagi baru cari aku baru nak g tau kat aku? kenapa? Maaf... aku sendiri dirundum pelbagai masalah... namun tak lah sampai ke tahap itu... Aku masih berani nak bertemu apa dugaan d depan.Pada aku mencuba masih tak cukup... Aku insan biasa, dan tak selama2nya aku leh memahami org. Kau faham tak situasi aku? kau ade ke cuba merasa apa yg aku rasa? Menasihati dan mengingatkan ko boleh saja... tapi apa gunanya bila melepas batuk d tangga? Maaf nasihat ku dan segala perhatian yang ku berikan pada ko slama nie sgt berharga cuma ko je kurang menghargainya atau sedar.

Aku pun mcm korang, hari2 aku cuba nak menjadi bertambah baik... memperbetulkan diri ku. Tapi Kamu2 d luar sana? kanapa slalu nak mengeksploitasikan aku? Mempergunakan aku kerana aku punya hati kecil yang mudah untuk korang injak2? Atau kerana aku Obesiti, gemuk gedempol korang pergunakan aku dalam diam? Ingat aku tak sedar ke? aku sedar tu... kalau dengan cara tu je aku dapat seorg sahabat walau sementara, what to do. Aku penah ada kawan yang sangat baik...aku rindukan waktu2 itu, penah ada teman yang menyayangi dan menerima ku seadanya, tak ku nafikan aku rindukan itu semua.

Lama kelamaan aku sedar... apa yg ku alami nie... aduhai... kecil sekecil biji saga je..sekecil2 mikroorganisma. Aku tak perlu nak ambik benda2 bodoh nak buat aku lupe, nak buat aku khayal atau enjoy... ermm... cuma Setan Iblis nie kekadang suke "CUCUK" kita ngan nasihat2 membunuh nya itu. Pada korang-korang kat luar tu, yg membaca post ku nie, korang ambik la mana yg baik tu... kalau rasa apa yg ku tulis nie takda papa, lupakan saja. Pada org2 yg Obesiti di luar, jangan mengalah... jangan biarkan diri anda dieksploitasikan oleh org yg merasakan dirinya sempurna, tak kire la lelaki ke pompuan yer. Ini cara aku untuk melepaskan apa yg terbuku d hati, walau aku ibarat seperti membuka pekung d dada. Lantak lah pada yg nak memperlekehkan apa yg aku tulis nie.

Kita nie... smakin dekat ngan ajal kita... kalau aku ada tersalah kata, aku mintak maaf banyak2... minta halal kalau ada tersalah kata atau termakan dan segala jenis "ter" lagi.

Monday, June 22, 2009

Membuat Kesilapan?

Salam alls.... apa khabar korang? huhuhu mcm la ada org duk baca blog aku nie... followers pun ngak ada nie.. p tak kisah le... ada org nak bace ke tak... Suddenly aku tetibe terasa hati... arghhh.

Sampai bile lah aku nak buat kesilapan yang same jer nie... emmm aku sedang berusaha.. ntah lah, tak cukup usaha kot. P aku bukan nak bercakap pasal diri aku nie... aku nak cakap pasal MEMBUAT KESILAPAN itu sendiri.

Sape yang tak penah wat silap kat dunia nie? Kata org kalau tak wat silap kite tak pandai, kite tak kan reti n tak kan sedar pun. Kata org dr kesilapan tu lah kita bangkit semula. Aku pun rasa macam tu... aku sendiri la contoh nya, p cume aku ni tahap gaban je kot... suke wat silap, silap yg sama berulang kali. Walaupun dah berkali2 aku cube memperbaiki diri n mengelak.

Kalau bagi sesetengah org kan mb die akan cakap nasib aku tak baik la tu... berjumpe org yang salah masa yang salah la... P bila aku pk2 balik... aku rasa bende nie ada hikmah nya nape jadi kat aku... supaya aku nampak realiti sebenarnya... dalam keje pun cenggitu gak. Tetapi yang aku tak puas hati aku dapat NCR bende yang paling simple... simple gile... hahahaha... tak thrill langsung dapat NCR cenggitu. Ahaks... Jadi pengajaran kat aku ler, jgn pandang ringan n fokus walau se bz mana skalipun....Esok kt nengok NCR ape aku dapat NCR Minor je kot... p kalau OFI orite gak. hihihih I Swear It Wont Happen Again.

Saturday, June 20, 2009

Pergi - Aizat




Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata

terdiam dan kaku tak daya kau kulupa

apa pun kata mereka

biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

kau pergi.. pergi..

pergi..



Friday, June 19, 2009

"Papa, Bacakan Cerita Ni..."

Salam semua!!!

Nie ada lah sikit coretan yang aku nak share... seriously bende nie slalu berlaku... dan adakalanya kita sendiri pun jadi begitu tanpa kita sedari. Malangnya, bila hari tu tiba dah terlalu lambat untuk kita menyesali apa yg dah berlaku, sebab tu la kekadang aku jd terlalu emo n some people say terlalu care. Bukan ape... waktu nie waktu kita ada kesempatan nie kene la kita hargai apa yg ada d dpn mata kita ni... Especially kaat org yang TERSAYANG.... kalau selama nie kita payah nak meluahkan rasa sayang, luahkan lah... kalau selama nie kite tak pnh pun nak ambik peduli ambik la masa kejap... sebab jangan la jd terlalu terlambat.. so korang bace la dulu coretan dr PAPA YANG KECEWA mungkin pada korang bende nie dongeng, p serius ini lah terjadi...

MALAM itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya kerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja."Papa... bacakan cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi."Papa sibuk... lain kali boleh tak?" saya memujuk. Sarena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah papa... sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah." Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca...""Mama basuh pinggan. Alaaaa... bacalah, papa!" Sarena merengek sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tak mudah mengalah."BUDAK INIIII...!!! Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!" saya jerkah permata hati saya itu. Sarena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Sarena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara: "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.Masa terus berlalu... seminggu, dua minggu namun kesibukan saya bertambah. Setiap kali pulang, Sarena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pagi minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Sarena menik-mati sarapan bersama,. saya perhatikan buku itu masih dipegang-nya."Mama dah baca, seronok papa," kata Sarena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" riba-tiba Sarena bertanya."Mama dah baca, okeylah tu!" balas saya. Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" katanya. Saya mengangguk. Selesai makan, saya capai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Sarena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar.Konsentrasi saya cuma terganggu sekctika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran menjerit-jerit mengatakan Sarena dilanggar kereta. Saya panik. Sempat berfikir, bila masa pula dia keluar, tadi ada kat dapur!Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sesungguhnya khabar itu benar, Sarena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memccut ke hospital.Darah membasahi pakaian Sarena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya. "Ina...! Inaaaa...!! Inaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Sarena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat."Papa... mama... Ina takut. Ina sayang papa... Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Sarena antara dengar dan tidak sambil cuba membuka matanya yang dipenuhi darah. Saya kesat darah itu dengan tisu, namun sekadar cuma.. Darah kembali memenuhi wajahnya.Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Sarena ditempatkan di bilik ICU ekoran keparahan cederanya.Masuk hari kedua, keadaan Sarena tak berubah. Dia masih tak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah, lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Sarena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.Mungkin Sarena tak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Sarena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya ter-hadap Sarena sejak seminggu lalu.Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Sarena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya.Bacaan saya terhenti. Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Sarena memejamkan semula matanya - pejam buat selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Sarena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya. "Papaaaa... nanti papa bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya..." kata-kata Sarena terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini, walaupun setahun telah berlalu.Hingga kini saya masih tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah?Saya tidak dapat menjawab, selain air mata yang tumpah.- BAPA KECEWA.

Aku pun penah melaluinya juga... dan kekadang aku kesal namun itulah yang dah terjadi. Masih terngiang-ngiang di telinga aku, sahabat baik ku memohon maaf minta halal makan dan minum, dan memeluk ku erat pada hari terakhir kami berjumpa, Di peluknya aku erat2, dan bersungguh2 die nak jumpe aku, katanya mungkin ini kali terakhir. Dan aku mengganggapnya tiada apa2, yerlah tu semester akhir kami, namun terdetik di hati kecilku mungkinkah ini kali terakhir kami akan berjumpa? hmmm.... sekarang Ieda dah tak da g... aku masih rindukannya dan kesal kerana sepanjang tempoh semester akhir tue aku jarang meluangkan masa bersama sahabat ku tu, dan Ieda juga seakan menjauh dari kami.... kini hanya Al-Fatihah mampu ku sedekahkan.. dan setiap kali aku melihat memo yang diselitnya d kamus ku, aku terkenangkan dirinya ... seminggu sblm Ieda pegi, Ieda sempat bagi msg kat aku... Hingga kini, aku masih susah nak menerima kenyataan itu, betul atau tidak dan kadang kala aku mengharapkan itu cuma khabar angin... Namun adiknya sendiri Taufiq yang memaklumkan... "Ieda dah tak da !!!" luruh jantungku... ketika mendengar berita tue.... Hargailah insan yang tersayang dan ambil la peluang yang ada untuk melafazkan rasa sayang... rasa kita menghargai nya... Jue, aku pun rindu ko, aku sayang ko juak..i miss u !! kt 3 nang close... ikatan persahabatan kita murni, walau sik nampak... p kt sama2 dpt rasa, walau aku slalu jaik kat ko lok... to my family, I owest love u, pd insan yg pnh ku rindu, pnh bertahta d hati ku, aku juga menyayangi kalian, menghargai kalian.. Hargai apa yg ada.


Its Never To Late To Start Eventhough Its Almost At The End...


Thursday, June 4, 2009

PAKAI BUANG

Salam... agak lame jugak aku takder update blog aku nie. pasal post ku yg lepas, ada sedikit kesilapan... nama lagu tu Pakai Buang dan bukannya habis madu sepah d buang. sori ae...

Stacy AF6 - Pakai Buang

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
dah berlepuh jari menekan nombor sama
lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
bodoh sungguh untuk terus percaya
habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
[ Pakai Buang lyric found on www.lirik.tv ]
apakah kau sangka ku cinta segera
bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
kau muncul semula
mengatakan kau sudah berubah
pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
hampir hampir ku mengalah
untuk memberi kita peluang kedua
tapi kini ku lebih arif
untuk percaya janji lelaki..yeaahyeaahh

Ref:

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)

Jangan..jangan...jangan permainkan

Monday, April 6, 2009

*** HABIS MADU SEPAH DIBUANG ***

Salam All....

Skrg nie, bile dah ade internet kat umah... malas pulak nak update blog, bila takder internet terhegeh2 nak update blog.. huhuhu... Cenggitu la aku.. tajuk post ku kali ni bunyi agak sinis kan? Bukan nyer ape, terkenang kat lagu baru yg Nadia AF6 bawak... ape tajuk nyer aku pun tak pasti... p apa yang pasti ada terselit la peribahasa tue.. lagu KENAPA ke apa ke name tajuk nye... So kalau ada sesapa tau tajuk lagu yg aku maksudkan tue, kasi tau kat aku k..

Guys... aku rasa CAMDOH jerk lately nie... tak tau lah nape... mb sebab bek hati kot.. hahhahaha.. ntahlah... terlalu sukar nak dinyatakan di sini... tp nanti2 aku akan story gak kot kat sini... 1 day aku akan share gak story (moral story) tentang KEBODOHAN YANG TIMBUL ATAS DASAR SIMPATI. Banyak pengajaran nyer citer tu.. nanti2 la aku post coz skrg nie citer tu tergantung...

Ok... berbalik pada kisah "Habis Madu Sepah Dibuang" nie kan.... korang rase sapa yg slalu terkene? Of course la pompuan kan? lelaki jarang2 la... or memang takder pun... atau peribahasa nie meang ditujukan khas kepada pompuan.. Yerlah, pompuan memang manis pun kan? heheheheh..... Kite leh gunekan peribahasa nie utk mcm2 situasi, sm ada lam pecintaan ke, pekerjaan ke or mana2 kan, p yang pastinya slalu digunakan dalam bab2 cinta nie, Sebabnya waktu bercinta semuanya manis. <--- yeker manis???

Sebenarnya banyak lagi aku nak huraikan pasal Habis mADU sEPAh dIbUANG nIE... p terasa malas la pulak... p nanti kalau korang ada terdengar lagu NADIA yang aku maksudkan tue, kasi tau lah k..


Pada aku lah... dah lumrah org yg ikhlas dalam menyumbangkan sesuatu tue,Tak ira la, dari segi bantuan perkhidmatan ke, wang ringgit ke, cinta ke kasih sayang tue,
Memang akan jadimangsa, kekadang tue atas kerelaan diri...Pada yang terkena bersabar jerk...Allah kan ada, yakinlah kalau sekali org buat baik kat kita Dia akan balas berlipat2 kali ganda baiknya kat org tue, p mcm tue gak lah halnya kalau org buat TAIK kat kt, Allah akan balas Berlipat2 kali ganda g kat c pelaku... dengan syarat kita REDHA akan Ketentuan-Nya.....
Celoteh pedas nie aku tujukan pada yang diperlakukan, pada pelaku dan pada diriku juga...
Akan kutemuikah keikhlasan dalam dunia Fana ini???

Sunday, March 29, 2009

LeMbAraN BaRu...

Salam semua!!!

Dah terlalu lama rasanya tak update blog aku nie... terlalu banyak nak diceritakan, terlalu banyak yg nak diluahkan... cuma masa je yg tak mengizinkan.. LEMBARAN BARU??

emm... yer, lembaran baru. mungkin bagi korang agak lambat nak citer pasal lembaran baru nie... yerlah, lembaran baru kan slalu org story waktu awl2 tahun baru... p aku rasa tak terlambat kot bukak lembaran baru nie... hehehehehehe.
Tanggal 25 Mac 09, aku kuatkan hati tuk bertemu dengan sorang Hamba Allah nie, dan ikatan persahabatan pun terjalin...

Alhamdulillah hingga ke hari ini, segalanya berjalan lancar dan mudah-mudahan berjalan lancar lah selama2nya..kekadang aku terfikir sendiri, apa hikmah yang aku dapat, apa faedah yg aku dapat dan tertanya-tanya juga knapa pertemuan kami Diizinkan oleh Nya??? dan akhirnya, aku sedar, ini semua ketentuan dari Allah S.W.T, barangkali ini cuma ujian buat kami berdua, atau jodoh kami, atau memang dah ditakdirkan utk berjumpa...

Apa yang pasti, detik 25 Mac itu, telah membuatkan aku tersedar, tersedar untuk dah tiba masanya untuk ku lepaskan segala masalah yg ku tanggung ke hulu ke hilir, segala kekecewaan, dan kenangan yang ku simpan kemas di hati... Agh... kenangan tetap kenangan , takkan boleh ilang gitu jerk... tapi sekurang-kurangnya aku bisa melupakan kenangan itu, tinggalkan kenangan itu, walaupun payah... namun, bermula dari detik itulah aku berani Melafazkan kata

LUPAKAN AKU, TINGGALKAN AKU, DAN JANGAN CARI AKU LAGI, KERANA HATI INI SUDAH TERISI...

Macam tak percaya pun ada bila aku cakap cenggitu kat die... huh... tapi itulah kekuatan yang aku dapat, demi kebaikan kami bersama. bukanlah bermakna aku nie tamak atau tak sedar diri ke apa ke... tapi sesungguhnya kata2 tu lah yg patut aku lafazkan sedari dulu lagi...


Mum, Dad, Auntie, Sis, & Sue.... Thanks coz korang owest ada d cc aku... sentiasa ada mengingatkan aku, sentiasa ada memperbetulkan aku, dan sentiasa sanggup menjadi mata ku, dan menjadikan kesengsaraan yg ku tak sedari sebagai sebahagian diri kalian hingga aku sedar...
Buat Abang Zainal, abg juga memainkan peranan... terima kasih... dan jauh skali nak menjadikan abg sebagai batu loncatan Dyana... terima kasih skali ag... Tanpa Abg, mungkin kekuatan untuk melafazkan tue tak datang lagi kot... dan Buat Insan2 terdahulu, Z & M kalian sebahagian dari kenangan ku kini, kalian sebahagian dari kisah hidupku, pahit dan manis takkan ku lupakan, moga kalian berjaya... Buat Abg Z, semoga berjaya dan setialah pada yang insan yang setia d cc mu, dan buat mu M, ku doakan agar kau bertemu jodoh yang terbaik, dan belajarlah untuk menerima diri sendiri, jangan bersembunyi d balik bayang2 diri sendiri...




Sunday, March 22, 2009

RINDU DATANG LAGI KER ATAU CINTA NAK SINGGAH ???

Salam Allz!!!

Lately nie, aku rasa berdebar2 semacam... tak tau lah nape.. P rasa nie penah ku lalui dah dulu 2 kali.. Agh... kenapa perasaan ini datang lg? ini perasaan aku atau side effect aku kurang makan? hahahahahhaha

Tapi betul lah... aku rasa kan aku nie dah angau balik lah... ntah lah..


Apa yg hadir ini, pasti ada hikmahnya...
Mungkin kah hati ini akan disakiti lagi buat kesekian kalinya???
Adakah aku sahaja yg merindui nya???

Tuesday, March 3, 2009

IT'S MY BIRTHDAY TODAY !!!!!




It's my 24th Birthday today !!!

Terima kasih banyak2 pada member2 yang ingat kat bday Diana, Diana hargai sangat2!..
Rasa nak je post panjang lebar, p mata tak mengizinkan... kurang sihat, hahahha bak kata bos, kurang segar. hihihihi...

Tudung On-line