GIFTS & DAYS

GIFTS & DAYS
EVERYDAYS IS A GIFT TO ME

Saturday, March 1, 2008

SORRRIIIIIEEEEE

Assalamualaikum alls... emm 1st of all sy nak mintak maaf lah yer kepada kalian kat luar sane. Iyerlah, sy post2 pasal isu Dosa Kuku Panjang nie. Silap sy gak sebab tak check dulu kesahihan benda nie. So, kepada sesapa yg tau mengenai Dosa Kuku Panjang yang sebenarnya nie (mengenai kesahihan nya /hukum sebenar menyimpan kuku panjang) sila2 kan lah berkongsi.
Anyway.. thanks Alhaddads <-- Betul ke tak ejaan tue. FYI... sy ambik masa panjang nak post atau tak pasal DOSA KUKU PANJANG nie actually. Takut tersalah anta pulak. P Then I decided to post it anyway. Sebab, kalau sy tak post org tak tau, kalau sy tak post... sy pun tak kan tau benda nie sahih ke tak? sebab sy tau... kat luar sane ader yg teror... ade yg xpert dalam agama.
Kiranye... its a learning process.
Mana tau ader member2 yg tau kan? silalah beri tunjuk ajar. Nak2 lagi bende agama kita nie, n berkaitan negara tak leh di main2. Dan suke gak sy nak menegaskan bahawa... setiap posting yang sy post bukan bertujuan untuk MENGHASUT, MENGAJAK, MEMAKSA. Tujuan sy cuma nak BERKONGSI MAKLUMAT..
Kalau perlu dibincangkan kita bincang same2. Hehehehehe at least dengan adanya DOSA KUKU PANJANG nie... Sy tau ada gak yg sudi membaca blog ku ini. Apa2 pun... sy nak ucapkan Time Kasih pada esarli & Alhaddads yang sudi singgah ke teratak sy nih.. To both of u... Hope kt dapat share2 maklumat k.

1 comment:

  1. Kuku Panjang!! Eiii... Ooo... actually its okay to have "kuku panjang" for ladies, asalkan ia sebahagian dari perhiasan diri.. toot!! a.k.a. didepan suami haha.

    Read!!

    Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihhi wasallam, kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.



    Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan ada hajat seperti berubat.

    Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.

    Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram, perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan muka.

    Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah.

    Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada suami. Ini memandangkan ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.

    Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya :

    “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za‘faran (kuma-kuma).”

    (Hadis riwayat Muslim)

    Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau hajat seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan ke atasnya berinai

    ReplyDelete

Tudung On-line

There was an error in this gadget